Tuesday, 10 July 2012 | 01:12 | 0 Kata-kata Omelan
________________________________________________________________________________________
Tuesday, 10 July 2012 | 01:12 | 0 Kata-kata Omelan
1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanyaNabi Muhammad S.A.W bersabda‘Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya’(HR Abu Daud)2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannyaNabi Muhammad S.A.W bersabda‘Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya’(HR Muslim)3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnyaNabi Muhammad S.A.W bersabda‘Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria’(HR Muslim)4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannyaNabi Muhammad S.A.W bersabda‘Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah’(HR Abu Daud)5.Amalan ziarah-menziarahiNabi Muhammad S.A.W bersabda‘Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu’6.Memberi HadiahNabi Muhammad S.A.W bersabda‘Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang’(HR Thabrani)7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahanNabi Muhammad S.A.W bersabda‘Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan’(HR Hakim) |
|