2 Pintar Quran
AboutLinksMembersEntries

________________________________________________________________________________________
Tuesday, 19 June 2012 | 07:30 | 0 Kata-kata Omelan


Assalamualaikum pembuka bicara
semoga anda sihat sejahtera
ini seloka kami semua 
semoga anda terhibur membacanya

Ustazah Nik Ainun pemimpin kami
cantik kalah model itali
mengajar kami khusyuk sekali
for exam yang menanti

Kami mempunyai 30 puteri
bile belajar focus sekali
kami suka menyanyi dan mengaji
kerana al-Quran pedoman hati

Dalam kelas duduknya di tengah
orangya baik dan peramah
dalam pelajaran tiada masalah
itulah dia ANIS SYAFIQAH

Terkadang memakai kaca mata
Maher Zain nama panggilannya
walaupun kecil otaknya geliga
result peperiksaan tidak terkira

ALIA SYAZWANI empunya diri
notanya kemas buat dicontohi
dalm kelas paling tinggi
dialah GM Bahasa Melayu kami

NUR AFIQAH nama diberi
giginya putih tersusun rapi
hormat orang tua sifat peribadi
itulah teladan yang dicontohi

AININ IZZATI suka bercuti
Sabah , destinasi yang suka dilawati
membawa pulang banyak cenderahati
untuk diberi kepada yang disayangi

Kata-katanya sangat power
orangnya pula gila-gila
peminat setia SUPER JUNIOR
itulah WANIEY dan juga member

berpidato menjadi kesukaannya
suaranya lantang dan bertenaga
tempat duduknya di barisan pertama
itulah SURYANA yang petah berkata-kata

AININ SOFIYA empunya diri
tulisannya cantik selalu dipuji
FAIZATUL HAZIMAH teman sejati
tidak berpisah walau sehari

happy go lucky menjadi pegangan
al-Quran pula tidak ditinggalkan
ini dia AJK Kerohaniaan 
AINUN SOLIHAH yang kuat Iman

AIN AQILAH nama diberi
dalam kelas paling tinggi
duduknya di hadapan sekali
tak kesian yang di belakang ini

Nama diberi ALIA MARDHIAH
dalam exam tak pernah kalah
ini dia NUR FAIQAH 
teman sejati zaman sekolah rendah

P-QAH A nama panggilan
kawad kaki menjadi kegemaran
selalu juga buat latihan
sebagai persediaan masa hadapan

Kartun dilukis amat cantik
sesiapa terlihat pasti tertarik
pandai berbicara budinya baik
NUR AL-IZZAH yang cerdik

ARISYAH ARIFF empunya diri
dalam kelas bising sekali
Ditemani pula kawan sejati
ANIS JANE yang tercantik sekali

WAN NOR gelaran diberi
ZULAIKHA sebagai teman sejati
ingin menjadi pelajar bestari
semoga hajat tercapai nanti

suaranya lunak serta merdu
menjadi perbarisan setiap penjuru
membaca al-Quran dengan berlagu
FARIDATUL LIYANA yang pemalu

tulisannya kecil susah dibaca
lalu dia berkaca mata
dalam kelas senyap sahaja
FARHANI GHANI itulah namanya

datang sekolah pagi-pagi
mukanya manis berseri-seri
duduknya pula hadapan sekali
itulah dia NUR HANNANI

cermin dipegang di tangan kanan
tudung dipakai dibetul -betulkan
itu sudah menjadi kebiasaan 
SHAFIQAH ATIRAH paling menawan

ANIES AMIN nama diberi
senyuman manis terukir di pipi
bila belajar mulutnya terkunci
entah apa yang di bayangi

ANIS ADLIENA senyap sahaja 
fikiran melayang entah kemana
SYAZREEN ANIS sebagai temannya
selalu belajar bersama-sama

ZAHIRAH ZALY menteri kewangan
mengutip wang menjadi kebiasaan
NUR NADZIRAH menjadi teman
menemani beliau melakukan kewajipan

sebelum belajar pasti berdoa
memohon keberkatan Tuhan Yang Esa
tingkah lakunya baik belaka
itulah ASMAA' guru muda berjasa

sekian sahaja seloka kami
maaf kalau sakit hati
tahun hadapan buat lagi
semoga anda sedia menanti

bukan mengata bukan menghina
semoga anda terhibur membaca 
kalau nak tahu penulis seloka
pergilah anda mencarinya

# Coretan dari --> Majalah An-Naim 2011 #
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelawat Blog Kelas Dua Pintar Quran 2012, Sekolah Berasrama Perempuan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan..
Welcome to 2 Pintar Quran Official Blog.
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕

_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ayeen Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google